MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENAJA
PENUBUHAN KELAB
BIL. 1/2010
Tarikh : 29 Disember 2010 (Rabu)
Masa : 01.00 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
KEHADIRAN
1. Zawawi bin Ibrahim - Pengerusi Sementara Jawatankuasa Penaja
2. Mohd Ikhwan bin Othman
3. Nornikman bin Mansor
4. Harulnizat bin Sulaiman
5. Khairulnizan bin Zakaria
6. CW Mohd Izhar Nizam bin CW Mohd Zain
7. Siti Hajar bin Mohd Said
1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi Sementara Jawatankuasa Penaja memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan bacaan Al-Fatihah.
1.2. Pengerusi Sementara Jawatankuasa Penaja mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali pertama untuk penubuhan kelab.
TINDAKAN : MAKLUMAN
2. PENERANGAN DAN PENJELASAN
2.1 Pengerusi Sementara Jawatankuasa Penaja memberikan penerangan secara ringkas mengenai latar belakang kelan yang bakal ditubuhkan.
2.2 Pengerusi Sementara Jawatankuasa Penaja menjelaskan Objektif Am dan Objektif Khusus penubuhan kelab tersebut dan memaklumkan kepada ahli mesyuarat tujuan penubuhan kelab tersebut.
TINDAKAN : MAKLUMAN
3. PERBINCANGAN
Mesyuarat membuat keputusan mengenai perkara-perkara berikut:
3.1 PERSETUJUAN PENUBUHAN KELAB
Semua ahli mesyuarat telah bersetuju dengan sebulat suara mengenai cadangan penubuhan kelab tersebut.
TINDAKAN : MAKLUMAN
3.2 MEMILIH DAN MELULUSKAN NAMA KELAB
Beberapa cadangan daripada ahli mesyuarat mengenai nama kelab yang bakal ditubuhkan iaitu:-
· National Car Club (Cruisers)
· Putrajaya Car Club
· Cruisers Car Club
· Asian Car Club
· JM Car Club
· Cruiser Asian Car Club
Pengundian telah dijalankan. Majoriti ahli mesyuarat telah memilih National Car Club (Cruisers) sebagai nama untuk kelab yang bakal ditubuhkan.
Walau bagaimanapun, nama tersebut hendaklah disemak melalui apa-apa cara antaranya kaedah untuk memastikan bahwa nama tersebut belum di gunakan atau didaftarkan oleh pihak lain.
TINDAKAN : NAIB PENGERUSI JAWATANKUASA PENAJA
3.3 MEMILIH DAN MELULUSKAN ALAMAT SURAT MENYURAT KELAB
Mesyuarat telah bersetuju untuk menggunakan alamat rumah Naib Pengerusi Jawatankuasa Penaja sebagai alamat surat menyurat sementara untuk urusan kelab yang bakal ditubuhkan.l
TINDAKAN : NAIB PENGERUSI JAWATANKUASA PENAJA
3.4 MELANTIK AHLI JAWATANKUASA
Sebagai langkah pertama ke arah penubuhan kelab, satu jawatankuasa perlu dilantik untuk menguruskan pentadbiran kelab di peringkat awal. 5 jawatan utama telah diisi melalui proses pengundian.
¨ Pengerusi - En. Zawawi bin Ibrahim
¨ Naib Pengerusi - En.Harulnizat bin Sulaiman
¨ Setiausaha - En. Mohd Ikhwan bin Othman
¨ Bendahari - Pn. Siti Hajar bin Mohd Said
¨ Penolong Setiausaha - En. CW Mohd Izhar Nizam bin
CW Mohd Zain
TINDAKAN : MAKLUMAN
4. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
4.1 DRAF UNDANG-UNDANG/PERLEMBAGAAN KELAB
Mesyuarat meminta agar diadakan satu draf undang-undang/Perlembagaan hendaklah sebelum mesyuarat akan datang supaya boleh dibahaskan dan dipinda agar undang-undang/Perlembagaan tersebut dapat diterima dengan baik dikalangan ahli di Mesyuarat Agong nanti .
TINDAKAN : SETIAUSAHA DAN PEN. SETIAUSAHA
4.2 BORANG PENDAFTARAN
Mesyuarat juga memaklumkan agar satu borang pendaftaran keahlian dapat diadakan dalam tempoh masa terdekat supaya pendaftaran ahli dapat dilakukan secepat mungkin.
TINDAKAN : SETIAUSAHA DAN PEN. SETIAUSAHA
4.3 HEBAHAN KEPADA BAKAL AHLI
§ Pengerusi meminta kepada ahli mesyuarat supaya mewar-warkan mengenai penubuhan kelab ini agar dapat menarik minat bakal-bakal ahli.
§ Naib Pengerusi akan membuka satu akun di laman sosial Facebooks.
5. PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 02.00 petang dengan ucapan terima kasih daripada Tuan Pengerusi kepada ahli mesyuarat.
Tuan pengerusi juga menyatakan hasrat agar penubuhan kelab ini berjaya dan menapai tujuan yang telah ditetapkan.