TUJUAN PENUBUHAN KELAB.
Menggabungkan ahli-ahli yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama supaya ahli-ahli berpeluang dan berkesempatan:
- Merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan;
- Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari;
- Menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama;
- Berkongsi sumber dan peralatan;
- Mewujudkan peluang kepada ahli-ahli mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan;
- Mewujudkan satu platform untuk ahli-ahli mengembangkan bakat dan potensi masing-masing;
- Membina masyarakat belia yg mempunyai semangat setia kawan,aktif,progresif dan berdisplin;
- Membina dan memupuk semangat kesukarelaan dan moral yang tinggi;
- Menambah ilmu pengetahuan disamping bertukar-tukar pendapat tentang modifikasi kenderaan;