Kelab/Pertubuhan adalah sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh ahli-ahli yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.

Kelab ini dikenali dengan nama ‘Cruisers Car Club’. Kelab ini akan menggunakan nama singkatan Cruisers dan singkatan nama tersebut adalah dianggap sebagai nama yang sah bagi mewakili kelab.

Wednesday, February 9, 2011

Pembayaran Yuran

Adalah dengan hormatnya dipohon agar semua ahli Cruisers Car Club membuat pembayaran yuran pendaftaran sebanyak RM50.00 dan yuran bulanan sebanyak RM10.00. Segala urusan pembayaran dan sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Bendahari Kehormat Cruisers Car Club.

Pembayaran ini adalah amat diperlukan untuk melicinkan urusan pentadbiran kelab.

Kerjasama dan perhatian ahli-ahli kelab diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.