OBJEKTIF AM
- Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab.
- Mengetahui dan memahami kaedah, strategi dan prinsip pengurusan kelab secara berkesan.
- Mengetahui dan memahami kaedah dan strategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli kelab yang dipimpin.
- Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola,menyelia dan menilai aktiviti dan kegiatan kelab yang dipimpin.
- Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan.
OBJEKTIF KHUSUS
- Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab dalam konteks kemasyarakatan dan kepimpinan.
- Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab.
- Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab.
- Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan kelab berdasarkan perancangan dan undang-undang.
- Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.
- Menjelaskan tanggungjawab dan peranan ahli-ahli sebagai warganegara berdasarkan Rukun Negara, Perlembagaan Negara dan Wawasan 2020.